Wednesday, August 11, 2010


Tasik Perdana terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Tasik ini terletak di sebelah kiri Jalan Mahameru menuju ke bangunan Parlimen Malaysia. Nama Tasik Perdana dipilih kerana berhampiran dengan kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak. Kawasan sekitarnya telah dijaga dengan rapi dengan menanam pelbagai spesis pokok hiasan. Trek joging, kerusi rehat, Panggung Anniversari, gelanggang permainan dan lain-lain telah disediakan di sini

Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua .Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun.


Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi.



Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.


Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu.Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.


Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.


Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia.Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.Pulau Sipadan elah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.


Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.


Kuil Kek Lok Si di Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1890, merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dan di Asia Tenggara. Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar. Selain daripada biara, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Kuil Kek Lok Si turut memiliki banyak patung dewa-dewa dan laman yang mempunyai kolam besar yang dipenuhi kura-kura dan ikan kap.


Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.


Batu Caves terletaknya di sebelah utara Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja dewa.Meninggi di kira-kira 100 meter di atas bumi, Batu Caves sebenarnya terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa yang lebih kecil dalam saiznya. Untuk mencapainya, pelancong dikehendak mendaki sejumlah 273 anak tangga yang curam.


Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.

Alam Sekitar di Malaysia

Penjagaan alam sekitar

Kempen di Sekolah

Bersempena dengan Hari Biodiversiti Sedunia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan bersama masyarakat dunia dalam menganjurkan program penanaman pokok - The Green Wave 2010 di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia pada 22 Mei 2010 bermula jam 10 pagi.
Dalam hal ini, penganjuran kempen ini juga merupakan sebahagian daripada sumbangan Malaysia terhadap Kempen 1 Bilion Pokok anjuran United Nations Environment Programme (UNEP) dan Kempen Menanam 26 Juta Pokok Peringkat Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 22 April 2010.

Usaha kerajaan dalam menjaga alam

KETIKA berucap pada Perundingan Bajet 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Pejabat Perdana Menteri akan menjadi pejabat hijau. Najib secara berseloroh menunggu-nunggu mengenai perubahan dan manfaat menerusi konsep pejabat hijau itu. Hijau bermakna selari dengan pelestarian dan mesra alam.

Realitinya semakin ramai prihatin terhadap impak alam sekitar kepada kehidupan dan pembangunan negara. Justeru, Bajet 2011 dijangka memberi penekanan kepada pelestarian alam sekitar, sekali gus menjana keupayaan tempatan untuk membangun dan memajukan teknologi hijau sebagai penjana kekayaan.

Teknologi hijau
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Antara contoh bidang tumpuan teknologi hijau adalah:
• Tenaga: Isu penting dalam teknologi hijau dan ini termasuk pembangunan bahan bakar alternatif atau tenaga boleh diperbaharui.
• Bangunan hijau: Bidang ini merangkumi semuanya daripada pilihan bahan bangunan kepada lokasi bangunan.
• Nanoteknologi hijau: Nanoteknologi melibatkan manipulasi bahan pada skala nanometer atau satu per bilion meter. Nanoteknologi hijau adalah aplikasi teknologi hijau dalam bidang nanoteknologi.
• Alamtologi: Suatu teknologi yang jelas mengikut fitrah alam semulajadi. Ianya dikembangkan mengikut kepada susunan yang lebih teratur.
Kitar semula
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.[2]

Jabatan Perlindungan Alam dan Flora Di Malaysia
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia.Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabansa yang bertujuan memupuk pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi, dulunya dinamakan Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang kekal sebagai nama rasminya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Alternatif mesra alam bantu kurangkan beban impak ekonomi industri
Strategi ketiga, memfokuskan terhadap pengubahsuaian rekabentuk proses. Ini melibatkan pengubahan aliran dan rekabentuk unit operasi proses yang terdapat di dalam sebuah industri. Rekabentuk aliran proses perlu diubah bagi mengurangkan atau melupuskan penghasilan sisa pencemaran dengan pengunaan tenaga yang rendah.
Sebagai conotohnya satu artikel dalam Majalah Jurutera keluaran Disember 2008, menyatakan teknologi pengkomposan didalam industri penghasilan minyak sawit dapat mengurangkan dan menghapuskan kos bagi rawatan air sisa. Ini berlaku dengan menukarkan keseluruhan bahan sisa sampingan industri sawit kepada baja kompos dengan beberapa pengubahsuaian aliran proses. Beberapa kilang sawit di Sabah didapati telah melaksanakan kaedah ini dengan jayanya.

Monday, August 9, 2010

Makanan

Malaysia mempunyai pelbagai jenis gaya masakan unik hasil percampuran budaya penduduk pelbagai kaum yang telah berkongsi dan mencuba perisa, ramuan dan cara memasak di antara satu sama lain.

Penduduk Malaysia amat menggemari dan menghargai jenis-jenis makanan mereka yang berbagai-bagai jenis dan rasa. Tidak hairanlah sekiranya seseorang itu sanggup memandu berjam-jam lamanya ke tempat yang jauh semata-mata untuk menikmati semangkuk mee yang enak. Setiap negeri di Malaysia mempunyai sajian makanan yang unik untuk dinikmati.

Ibukota Kuala Lumpur menawarkan pilihan aneka hidangan yang paling banyak di seluruh dunia. Nikmati sajian makanan ciptaan tukang masak yang mahir di restoran mewah atau mencuba pelbagai jenis hidangan yang terdapat di pusat beli-belah, kedai dan gerai jalanan.

Negeri Melaka menawarkan sajian Baba Nyonya di kafe menarik yang lazimnya terletak di bangunan kedai lama yang bersejarah. Pulau Pinang pula masyhur dengan nasi kandarnya dan anda hanya perlu menunggu meja kosong untuk menikmati makanan yang enak pada harga serendah RM3.50.

Bandar Ipoh sering dikunjungi pelawat balik-hari yang ke sana semata-mata untuk menikmati sajian tempatan yang lazat. Kelantan yang merupakan pusat kebudayaan Melayu turut menyajikan hidangan Melayu eksotik yang beraneka perisa dan warna. Dalam memilih gerai atau restoran, tip yang perlu diingati ialah pilihlah gerai atau restoran yang kerap dikunjungi penduduk tempatan kerana sudah pasti makanan di situ sungguh enak dan lazat.

Pilihan makanan beraneka jenis yang terdapat di sini telah dikenali di seluruh dunia sebagai Makanan Malaysia. Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan di sini adalah pedas.

Kemudahan kesihatan

Kerajaan menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan seperti pusat perubatan, hospital dan poliklinik di setiap daerah dan bandar. Pusat perubatan, hospital dan klinik swasta juga terdapat di kebanyakan kawasan bandar.

contoh hospital di Malaysia

Hospital Kuala Lumpur

Institut Jantung Negara (National Heart Institute, KL)

Assunta Hospital, Petaling Jaya

Tun Hussein Onn National Eye Hospital

Damansara Specialist Hospital

Sunway Medical Centre

Gleneagles Intan Medical Centre
Pantai Medical Centre

Tung Shin Hospital

Subang Jaya Medical Centre

Pelajaran Di Malaysia


Pelajaran di Malaysia juga semakin maju. Terdapat banyak pelajar luar negara yang datang ke Malaysia untuk belajar kerana kosnya yang rendah dan mutu pelajaran yang tinggi. Antara institusi pelajaran tinggi yang terkenal di Malaysia ialah :

Universiti Malaya
Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar


UiTM
Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan salah sebuah universiti awam di Malaysia.Selain kampus utamanya di Shah Alam, Selangor, UiTM mempunyai 3 buah kampus satelit, 12 kampus cawangan dan 6 kampus bandar. Boleh dikatakan UiTM mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan


UNISEL
Universiti Industri Selangor (bahasa Inggeris: Industrial University of Selangor) (UNISEL) telah ditubuhkan pada tahun 1999, universiti ini mempunyai dua kampus - kampus induk terletak di Bestari Jaya (dahulunya dikenali Batang Berjuntai) (disiapkan pada tahun 2005) dan kampus cawangan/setalit yang terletak di Shah Alam.

UNITEN
Universiti Tenaga Nasional (juga dikenali sebagai UNITEN) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Kajang, Selangor manakala kampus kedua terletak di Bandar Muadzam Shah, Pahang. UNITEN mempunyai lima kolej yang mengandungi 15 jabatan akademik. Program universiti ini menumpukan pada kejuruteraan, teknologi maklumat, pengurusan bisnes dan bidang-bidang yang berkaitan


Monash University, Sunway
Monash University merupakan universiti terbesar di Australia dengan kira-kira 55,000 pelajar. Ia mempunyai lapan kampus: enam di Victoria, Australia, satu di Selangor, Malaysia dan satu di Johannesburg, Afrika Selatan. Universiti ini juga mempunya pusat di London dan Prato, Itali.


University Nottingham Malaysia
Universiti Nottingham Malaysia (bahasa Inggeris:University of Nottingham Malaysia Campus) (2.945 U, 101.874 T) telah ditubuhkan pada 2000 sebagai kampus Malaysia bagi Universiti Nottingham, UK, menjadikan ia sebagai kampus universiti UK pertama yang dibina di negara luar. Pernah dikenali sebagai University of Nottingham in Malaysia Sdn Bhd atau UNiM, perkataan itu kini merujuk kepada syarikat pemilik. Pengerusi kampus ialah YM Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen, bekas pelajar Universiti Nottingham dan bekas Menteri Pertahanan Malaysia.


Tuesday, July 27, 2010

Pengangkutan di Malaysia

Selamat malam ! (:

Dari segi,
Pengangkutan

Udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikenali di seluruh rantau dan iktiraf sebagai salah satu lapangan terbang termoden di dunia. Kemudahan pengangkutan udara juga boleh didapati di lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu, dan di lapangan terbang tempatan di kebanyakan ibu negeri.



Selain itu, KLIA juga mempunyai Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) yang dibina khas untuk syarikat-syarikat pengangkutan udara bertambang rendah, LCCT terletak 20km dari bangunan terminal utama dan pengunjung boleh ke sini dengan menaiki kereta, keretapi ataupun bus.

Penerbangan Malaysia (MAS) merupakan syarikat penerbangan kebangsaan yang menyediakan penerbangan ke pelbagai destinasi di seluruh dunia. Ia menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik di dalam negara. Selain daripada itu, anda juga boleh memilih menggunakan perkhidmatan tambang murah yang disediakan oleh Air Asia ke destinasi-destinasi dalam negara dan juga rantau Asia Tenggara.


Gambar di atas menunjukkan kapal terbang MAS

Gambar di atas menunjukkan kapal terbang Air Asia


Laut
Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dihubungkan dengan mudah melalui pelabuhan laut. Salah satu pelabuhan di luar KL di pesisiran pantai barat Semenanjung ialah Pelabuhan Kelang, sebuah pelabuhan laut moden terbesar di Malaysia. Ia mempunyai kemudahan perkapalan dan kargo yang terbaik. Selain itu, terdapat juga pelabuhan laut utama seperti di Pulau Pinang dan Langkawi, di utara Semenanjung, Johor di Selatan dan Kuantan di Pantai Timur serta Kota Kinabalu di Sabah.


Darat

Bukit Kayu Hitam adalah pintu masuk utama ke Malaysia bagi pelawat dari Thailand. Ia terletak 48 km ke utara Alor Star di Kedah. Lebuh raya Utara-Selatan menghubungkan Bukit Kayu Hitam ke Kuala Lumpur, sejauh 490 km. Berdekatan pos imigresen dan kastam di sini terdapat restoran, kedai-kedai, tempat letak kereta dan kompleks bebas cukai.

Padang Besar di utara tanahair di negeri Perlis, yang terletak di laluan keretapi utama dengan perkhidmatan setiap hari dari Bangkok, adalah salah satu laluan masuk ke Malaysia. Keretapi Tanah Melayu (KTM) turut mempunyai perkhidmatan ekspres antarabangsa dari Butterworth ke Haadyai di Thailand, serta perkhidmatan keretapi dari Padang Besar ke Singapura melalui Kuala Lumpur.

Perkhidmatan keretapi ekslusif, Eastern and Oriental Express, turut menawarkan laluan ke Bangkok dari Singapura melalui Kuala Lumpur. Ia meliputi kawasan di sekitar Semenanjung Malaysia, lebih 2,000 km, dan perjalanan dua hari ini turut berhenti di tempat-tempat menarik.

Bagi pelawat yang masuk dari Singapura, Johor Bahru adalah pintu masuk utama di selatan. Lebuh raya Utara-Selatan turut menghubungkan Johor Bahru dengan Kuala Lumpur, 220km di utara. Perkhidmatan keretapi dan jalan raya Tambak Johor turut menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura. Pusat Imigresen dan Kastam turut disediakan di pintu masuk utama tambak ini. Sebuah jambatan kedua menghubungkan Tanjung Kupang, 30 km ke barat daya Johor Bahru ke Tuas di Singapura.



Sekian.

Monday, July 26, 2010

Perdagangan besar di Malaysia

Salam sejahtera !

Hari ini , kami akan blog dari aspek Perdagangan.

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia.
















Eksport dan import
Hasil aktiviti eksport negara banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi semasa. Sebahagian besar daripada barangan eksport terdiri daripada komoditi seperti minyak kelapa sawit, getah, lada, balak, koko dan produk berasaskan komoditi.

Barangan eksport yang lain termasuk hasil produk industri pembuatan (seperti barangan elektronik, automotif dan tekstil), produk asas tani, minyak dan gas.
Kerajaan menyediakan sistem sokongan bagi membantu pengeksport dalam seluruh aspek berkaitan perniagaan, termasuk pemasaran dan promosi, pembiayaan, pengiktirafan, perundangan dan panduan perdagangan.

Keperluan import Malaysia telah membantu negara menjalin perhubungan dua hala yang kukuh dengan banyak negara di rantau Asia, Afrika, Amerika, Australasia, Eropah dan Asia Barat. Perhubungan perdagangan ini membolehkan Malaysia mengimport pelbagai jenis barangan seperti elektronik, jentera, kenderaan, bahan kimia, plastik, produk petroleum, produk besi dan keluli.

Aktiviti import dan eksport adalah di bawah kawalan Akta Larangan Kastam 1967 bagi memberi perlindungan kepentingan kepada pengilang, kepentingan kesihatan dan kitar hayat kilang tempatan dan juga kepentingan keselamatan negara. Lesen dan permit untuk mengeksport dan mengimport harus diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.



Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Tasik Titiwangsa